Pages

Tuesday, February 11

Malaysia Airline MAS

  CERITA MALAYSIA AIRLINES LAGI: MAS AKAN UNTUNG 2014? Ada beberapa strategi MAS:..

. Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad's Facebook Wall / Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad / 1 days ago CERITA MALAYSIA AIRLINES LAGI:

MAS AKAN UNTUNG 2014? Ada beberapa strategi MAS:

1) Memperbaharui kapal terbang (fleet renewal exercise). 18 Boeing 737-800, 3 A330, 6 A380. Kapal terbang baru- tempat duduk lebih banyak, kos lebih murah.

2) Melupuskan laluan yang tidak untung. Contohnya KL-Los Angeles.

3) Menawarkan harga tiket pada kadar 'Etihad' walaupun produk setaraf Emirates. Maknanya price-wise di antara 5 Star Airlines, MAS antara yang kompetitif. (Jangan bandingkan dengan Low Cost Carrier.)

4) Mengoptimumkan penggunaan kapal terbang. Lagi kerap digunakan. Hasilnya: 1) 'Load factor' atau kadar tempat duduk yang diisi adalah 81% pada tahun 2013 iaitu lebih tinggi daripada SIA (79%). 2) MAS membawa 16 juta penumpang pada tahun 2013, 4 juta penumpang lebih daripada tahun sebelumnya.

  
   Ini tidak jauh beza dengan Etihad Airways yang membawa 19 juta penumpang setahun. 3) Kadar purata penggunaan kapal terbang adalah 11 jam sehari berbanding 7 jam sebelumnya.

   Ini menunjukkan peningkatan produktiviti. Walaupun MAS boleh melakukan lebih baik tetapi setidak-tidaknya MAS berada di landasan yang betul.

   Paling penting, MAS lakukan penambahbaikan ini tanpa memberhentikan pekerja seperti yangs ering dilakukan oleh kebanyakan syarikat apabila mengalami krisis.

MatRodi Visit website