Pages

Saturday, January 18

MAS Malaysia Airline

Malaysia Airlines (bahagian 1)

    1. Syarikat penerbangan Malaysia MAS masih lagi mengalami kerugian- walaupun jumlahnya semakin berkurangan. Ramai yang hairan mengapa MAS tetap rugi sedangkan Singapore Airlines, Emirates dan Qatar Airways berterusan mencatatkan keuntungan.

2. Malah AirAsia dan Malindo Air juga untung.

3. Sebelum kita cepat menyalahkan MAS (dan kerajaan) kerana kerap rugi, ada beberapa perkara yang perlu difahami.

4. Pertama, MAS memiliki jumlah pekerja yang tinggi jika dinisbahkan dengan saiz 'revenue' syarikat. Bayangkan Emirates yang dua kali ganda saiz MAS memiliki jumlah pekerja yang lebih kurang banyak dengan MAS. Sama ada MAS yang 'overstaffed' atau pekerja Emiratea super produktif- hakikatnya kos operasi MAS yang tinggi disebabkan jumlah pekerjanya yang ramai.

5. MAS tidak boleh sewenang-wenangnya memberhentikan pekerja kerana sebagai GLC, ia terikat dengan arahan kerajaan untuk memastikan periuk nasi pekerja MAS terbela.

6. Kedua, mereka yang kerap membandingkan MAS dengan SIA dan Emirates (dan juga AirAsia) perlu sedar bahawa kesemua syarikat penerbangan yang lain memiliki satu kelebihan yang MAS tidak ada iaitu- mereka tidak mempunyai kesatuan pekerja (union).

7. Berbeza dengan MAS, mereka tidak menghadapi sebarang tentangan dalam melaksanakan langkah-langkah yang kurang popular. Lihat sahajalah share-swap MAS dan AirAsia yang telah dibatalkan akibat tentangan kesatuan pekerja. Perkara yang sedemikian tidak akan berlaku di SIA dan Emirates.

8. Ketiga, MAS mempunyai masalah legasi seperti kontrak katering yang dibayar dengan harga yang sangat tinggi. Ini juga menambahkan kos operasi mereka.

9. Di sebalik kekangan ini, MAS masih mengekalkan servis antara syarikat penerbangan terbaik dunia. Dari segi jumlah penumpang pula, purata 80% tempat duduk berjaya dijual bagi setiap penerbangan. Ini lebih baik daripada SIA.

10. Jadi mengapa di sebalik servis yang bertaraf dunia dan 'load factor' yang tinggi, MAS masih gagal gagal mencatatkan keuntungan?

11. Jawapannya adalah- MAS menjual tiket pada harga yang murah. Bermakna keuntungan bagi setiap tempat duduk yang dijual adalah sedikit. Ia samalah menjual produk sekualiti Mercedes pada harga Proton.

12. Mengapa MAS berbuat demikian? Mengapa tidak menjual tiket pada harga premium? Ini kerana industri penerbangan adalah industri yang amat kompetitif di mana syarikat penerbangan lain juga melakukan perkara yang sama seperti MAS.

13. Bezanya, MAS-kos tinggi jual rendah. Yang lain, kos rendah jual rendah.

14. Sebenarnya MAS tidak ada pilihan. Inilah dilema yang sedang dihadapi mereka. Adakah dilema ini tidak ada penyelesaiannya?

15. Jawapannya ada. Ada pelbagai langkah yang MAS mungkin boleh pertimbangkan dalam mengurangkan kos serta meningkatkan keuntungan syarikat. Bersambung ke bahagian dua... -Matrodi- Visit website

No comments:

Post a Comment

No hesitate to contact us