Friday, April 22
Proton buatan Malaysia
Menu
PROTON: A Note To The Cabinet Members
PROTON: A NOTE TO THE CABINET MEMBERS
1- Within 24 hours after the resignation of Tun Dr Mahathir as Proton’s Chairman, the Ministry of International Trade and Industry produced a damning assessment on Proton.
2- It would probably be the first time in Malaysia’s history we see a senior minister giving an unfavorable feedback on a private-owned company, especially when the company is not on a collision course with the concerned minister.
3- Nevertheless, it is mind-boggling to see at least 6 cabinet ministers being used by certain leaders for the purpose of trying to shame Proton.
4- According to the statement, the Government cannot continuously protect the national car maker; hence Proton needs to “graduate from protection”. Malaysia, in fact, should learn from South Korea and Japan.
5- In 2009, the United States of America injected USD150 billion in order to save General Motors from bankruptcy. Of course, this is not considered as protectionism and no case study should be made why the world biggest capitalist decided to take such decision.
6- In 2014, Australia’s car industry was practically dead when the Government did nothing to save the industry. The planned exit by Toyota, Ford and Holden from the country will trigger a net loss of 200,000 jobs, with about USD29 billion wiped out from Australia’s GDP. Again, no case study has been made.
7- A year ago, Khazanah took Malaysia Airlines private by injecting RM6 billion of public funds. It is indeed a bold and courageous move- as an introduction of the Proton 30 years ago.
8- While Proton is bleeding by the millions of Ringgit for the past few years, it never had to resort to what MAS did where 6,000 workers being told they have to be sacrificed in order to save the national airline. It’s like telling a man being devoured by a tiger that he is really helping to preserve a treasured species.
9- Maybe because of the failure to take such drastic measures that the minister believes Proton is being managed unprofessionally and led by incompetent team.
10- The airlines industry is never a core industry in Malaysia. The automotive sector is. The industry employs more than 550,000 people and contributes nearly RM30 Billion to a country’s GDP to date. It is because of that, the previous Government has directly and indirectly assisted Proton to the tune of RM13.9 billion since its inception.
11- However, the incentives given have not been wasted. Hopefully, this note will tell the person who made use of you to acknowledge all these facts.
12- First, Proton has fully paid off its RM800 million loans received from the Government by using internal resources.
13- Second, Proton has sold more than 4 million cars. It means that they have been taxed by the Government. Since its founding, Proton has paid approximately RM24 billion in taxes.
14- Third, by having Malaysians buy national cars instead of imported ones, the capital outflow prevented by Proton is estimated to be around RM 120 billion if we take RM30,000 as an average price per car. This money is being circulated within our economy.
15- Monetarily, Proton is a good investment for the economy.
16- How about Proton’s contribution through job creation and transfer of technology? More than 77,000 people are employed directly by Proton. Additionally, there are 400 vendors supplying to the national carmaker. Proton is the most active company in the country when it comes to Research and Development. Today, they have registered almost 2,800 of Intellectual Property Rights (IPR).
17- The minister himself admitted that when he said a number of Proton vendors have approached him. Instead of fixing what really caused Proton’s market shares to dwindle, the ministry gave soft loans to alleviate vendors’ burden. This, however, does not solve Proton’s problem.
18- How about the unfair competition in the market where foreign cars get exemptions when they do not conform to our specifications? How about the definition of national car where foreign car makers can only have 40% local content to benefit from the tax-free status of national cars? How about the decision made by the Government to allow almost unlimited import of foreign cars from countries which are the same countries that made it bureaucratically difficult for our cars to enter their market?
19- All these policies have reduced foreign car makers cost which give them advantage over proton. Is this fair? Where is the solution?
20- The only solution that the Minister had for all these problems is to ask Proton to get a strategic foreign partner. To them, the locals are deemed unfit, unprofessional and incompetent. Therefore, we must sell our controlling stakes in Proton to foreign marques.
21- Perodua runs by a different model. Although its financial performance should be commended, none of the cars are 100% built by them. Proton, on the other hand has several cars that are 100% built by Malaysians. When Proton Saga was introduced in 1985, it has 19% locally made components. 15 years later, Proton Waja was built using almost entirely by locals.
22- Every country will protect their national car even in developed countries. In South Korea, all foreign cars must be conducted under Korean testing standards which usually come at a very high cost. In Japan, they carve out the profitable and high volume market in minicars below 660cc. In Japan’s unique driving environment, it is very unlikely that a foreign company would want to build such car. In China, all foreign car makers have to partner with a state-owned company because nothing happens without the approval of the government.
23- Here in Malaysia, protectionism is deemed a negative thing.
24- It is strange that when an unsustainable business model like 1MDB posted a net loss of RM665.36 million for the year ended March 31, 2014, and having a serious cash-flow issues, the cabinet members decided to give almost RM1 billion standby credit facility.
25- But when Proton requests for assistance to reimburse its R&D cost and soft loans, some ministers ridicule and humiliate it. It is very strange, indeed.
Mat Rodi
(VERSI BAHASA MELAYU)
PROTON: NOTA KEPADA MENTERI KABINET
Kurang daripada 24 jam selepas perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi Proton, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah mengeluarkan kenyataan terhadap model perniagaan Proton.
Kemungkinan ini adalah kali pertama dalam sejarah di mana seorang menteri kabinet memberikan kenyataan yang begitu kritikal berkenaan dengan sebuah syarikat swasta.
Berikutan itu, tidak kurang 6 menteri kabinet yang lain turut memberikan pandangan yang sama.
Menurut kenyataan menteri tersebut, industri automotif tidak seharusnya dilindungi dan Proton juga perlu belajar untuk berdikari. Jika Korea Selatan dan Jepun boleh, mengapa tidak Malaysia?
Pada 2009, kerajaan Amerika Syarikat telah menggunakan dana awam sebanyak USD150 billion untuk menyelamatkan General Motors daripada muflis. Sudah pastilah tindakan tersebut tidak akan dianggap sebagai ‘perlindungan’ dan tiada kajian yang dibuat untuk memahami mengapa tindakan sedemikian dilakukan oleh sebuah negara yang begitu terkenal dengan konsep ‘pasaran terbuka’.
Pada 2014, industri automotif Australia telah pun terkubur berikutan keputusan penutupan kilang kereta Toyota, Holden dan Ford pada 2017. Dianggarkan lebih 200 ribu pekerja akan hilang pekerjaan dan lebih USD29 billion akan hilang daripada KDNK Australia. Sekali lagi, tiada kajian yang dibuat.
Pada tahun lepas, 2015, Malaysia Airlines telah disuntik RM6 billion dana awam dalam usaha menyelamatkan syarikat penerbangan nasional. Tindakan ini adalah suatu tindakan yang berani sebagaimana pengenalan Proton pada 30 tahun yang lepas.
Walalupun Proton kerugian jutaan ringgit sejak beberapa tahun yang lepas, tetapi Proton tidak pernah melakukan ‘strategi MAS’ di mana 6,000 pekerja ditamatkan perkhidmatan dalam usaha menyelamatkan syarikat tersebut.
Kemungkinan disebabkan itu, maka Proton dianggap oleh menteri-menteri kabinet sebagai tidak professional dan diketuai oleh barisan pengurusan yang tidak cekap.
Industri penerbangan bukanlah penggerak ekonomi utama di Malaysia berbanding dengan industri automotif. Industri ini menggaji lebih 550,000 pekerja dan menyumbang hampir RM30 billion kepada KDNK negara. Atas sebab inilah kerajaan terdahulu memberikan bantuan dalam pelbagai bentuk bernilai RM 13.9 billion.
Walaubagaimanapun, insentif dan bantuan yang diberikan tidak hilang begitu sahaja.
Pertama, Proton telah pun membayar balik pinjaman RM800 juta dari kerajaan.
Kedua, Proton telah menjual 4 juta kereta dan hasil jualan ini dikenakan cukai. Sejak penubuhannya, Proton telah membayar cukai sebanyak RM24 billion kepada kerajaan.
Ketiga, melalui pembelian kereta nasional, aliran wang keluar berjaya dikurangkan. Jika diambil harga purata sebuah kereta adalah RM30,000, ia bermakna sejumlah RM120 billion aliran wang yang kekal mengalir dalam pasaran ekonomi tempatan. Jumlah ini- jika dibiarkan mengalir keluar melalui pembelian kereta asing, pasti akan memberi kesan kepada defisit kerajaan.
Sudah jelas dari sudut wang ringgit, pelaburan yang dibuat oleh kerajaan adalah amat berbaloi.
Bagaimana pula halnya dengan sumbangan Proton dari aspek lain? Untuk rekod, lebih 77,000 jumlah pekerjaan yang diwjudkan melalui Proton. Tambahan dari itu, terdapat 400 vendor yang bergantung kepada Proton. Hari ini, Proton merupakan syarikat tempatan yang paling aktif dalam mendaftarkan hak cipta dengan 2,800 IPR (Intellectual Property Rights).
Dalam kenyataan menteri tersebut, beliau mengakui terdapat sebilangan vendor yang memerlukan pertolongan. Namun, di sebalik cuba membantu memulihkan Proton, kementeriannya telah memberikan pinjaman mudah bagi meringankan beban. Sungguhpun ia tindakan yang terpuji, tetapi ia masih tidak menangani isu sebenar.
Bagaimana pula dengan persaingan yang tidak adil di mana kenderaan luar boleh memperolehi pengecualian jika tidak menepati piawaian negara? Bagaimana pula dengan definisi mudah ‘kereta nasional’ yang hanya memerlukan 40% komponen tempatan bagi membolehkan kenderaan luar menikmati status bebas cukai kereta nasional? Bagaiman pula halnya dengan keputusan kerajaan untuk membenarkan kenderaan luar masuk ke dalam negara sedangkan negara tersebut mengenakan syarat yang ketat kepada Proton?
Kesemua ini tidak diendahkan. Sebaliknya, kementerian beliau tetap mencadangkan agar Proton mempunyai rakan strategik asing. Nampaknya kemampuan tempatan masih belum mencukupi. Oleh itu Proton haruslah menjual pegangan majority kepada syarikat luar.
Bagaimana pula dengan Perodua? Perodua adalah model yang lain. Prestasi kewangannya membanggakan tetapi tidak ada model Perodua yang dihasilkan 100% oleh warga tempatan. Sebaliknya Proton mempunyai beberapa model yang dibina 100% daripada lakaran sehinggalah ke jalanan.
Setiap negara yang mempunyai kenderaan nasional pasti akan melindungi pasarannya. Ini termasuklah di negara maju. Di Korea Selatan, setiap kenderaan asing perlu menjalani ujian mengikut piawaian mereka yang biasanya menelan kos yang tinggi. Di Jepun, mereka telah mengasingkan pasaran kereta bawah 660cc hanya untuk kenderaan mereka sahaja. Ini adalah pasaran yang lumayan. Di China, setiap pengeluar kenderaan asing perlu menjalin usaha sama dengan GLC mereka. Ini adalah apa yang berlaku.
Sebaliknya di Malaysia, perlindungan dianggap sebagai sesuatu yang pelik dan jijik.
Adalah amat menghairankan apabila sebuah model perniagaan yang tidak ‘mapan’ seperti 1MDB yang telah kerugian RM665.36 juta pada 2013 dan menghadapi masalah aliran tunai yang serius, barisan kabinet memberikan bantuan kredit sebanyak RM950 juta.
Tetapi apabila sebuah syarikat kereta nasional membuat permohonan menuntut dana R&D dan pinjaman mudah, terdapat menteri kabinet yang memperlekehkan syarikat ini.
MatRodi
April 4, 2016Leave a reply
TPPA JUAL NEGARA?
TPPA JUAL NEGARA?
TPPA dikatakan sebagai sebuah perjanjian yang bakal menjual negara Malaysia. Dakwaan ini dibuat kerana ia melibatkan Amerika Syarikat.
Benarkah?
Untuk melihat sama ada TPPA menjual negara atau mengugat kedaulatan negara, ia perlu dilihat dalam pelbagai aspek.
Pertama dari sudut sejarah TPPA.
Sedikit latar belakang: TPPA bermula pada tahun 2005 melalui negara P4 iaitu Singapura, Chile, Brunei dan New Zealand. Maknanya ia bukanlah sebuah inisiatif AS.
Namun, ia masih tidak menafikan kemungkinan AS akan ‘menjajah’ negara-negara TPPA.
Jadi perkara kedua yang perlu dilihat adalah bagaimana kerangka perjanjian TPPA dibuat.
Sedikit pemahaman: TPPA menggunakan konsep konsensus iaitu kesemua perkara mestilah mendapat persetujuan bersama. Ia bukanlah perjanjian di mana AS sudah menetapkan syarat dan memaksa 11 negara lain untuk bersetuju.
Sebab itu tempoh rundingan mengambil masa sehingga 5 tahun. Itupun berunding secara ‘controlled-secrecy’. Jika secara terbuka, ia mungkin lebih telus, tetapi besar kemungkinan, tempoh rundingan menjadi sangat lama.
Ketiga adalah dari struktur keahlian negara yang terlibat dengan TPPA.
Jika TPPA adalah alat AS untuk menjajah negara-negara TPPA, kemungkinan besar Vietnam awal-awal lagi telah menarik diri. 40 tahun dahulu, Vietnam telah berperang dan bermandi darah dengan AS. Tidak logik generasi Vietnam sekarang sudah bersedia merelakan negara mereka dijajah dengan AS.
Negara yang begitu nasionalistik seperti Jepun juga tidak mungkin membiarkan negara mereka dijajah kuasa luar.
Malahan negara jiran AS iaitu Mexico yang sudah menyertai NAFTA bersama AS pasti enggan melibatkan diri jika perjanjian seumpama ini tidak memberikan manfaat atau menindas mereka.
Sedikit fakta: Apabila Mexico menyertai NAFTA, terdapat kerisauan dalam sektor automotif yang ketika itu dilindungi oleh duti import yang tinggi, lesen dan kuota. Mexico hanya menghasilkan 6% jumlah kereta di Amerika Utara. Selepas NAFTA, saiz pasaran kereta yang dipasang dan dieskport oleh Mexico adalah 19% dengan 1.69 juta kenderaan sahaja ke pasaran AS.
Jika TPPA adalah perjanjian untuk negara pro-AS, mengapa negara mesra AS seperti Korea Selatan, Taiwan dan Hong Kong tidak termasuk sekali?
Jika TPPA adalah perjanjian untuk mengawal negara-negara yang kritikal terhadap AS, mengapa Singapura dan Australia turut sertai?
Jika TPPA adalah perjanjian untuk menjajah, mengapa Thailand, Indonesia, Filipina, Korea Selatan dan Taiwan berminat ingin sertai selepas TPPA dimuktamadkan?
Komposisi negara-negara TPPA serta kesediaan negara-negara lain menyertai TPPA tidak mencerminkan bahawa TPPA adalah alat AS untuk menjajah atau membeli kedaulatan mana-mana negara termasuklah Malaysia.
Keempat adalah perkembangan politik dalam negara AS sendiri.
Memandangkan AS dikatakan sebagai negara penjajah, maka adalah logik untuk kita lihat perkembangan terkini mengenai calon-calon Presiden AS. Baik Donald Trump mahupun Hillary Clinton, kesemua calon Republikan dan Demokrat menentang TPPA.
Mereka merasakan TPPA akan mengeksport peluang pekerjaan rakyat AS kepada negara TPPA dan standard perjanjian TPPA tidak ‘gold standard’ kerana tidak memberikan kebenaran AS untuk melaksanakan manipulasi mata wang (currency manipulation).
Ini sekaligus membuktikan kebenaran bahawa isi kandungan TPPA bukanlah ditetapkan oleh AS semata-mata. Jika tidak, mengapa ‘sang penjajah’ tidak dapat apa yang dikehendaki?
Lebih menarik, sekalipun 11 negara TPPA lain menandatangani perjanjian tersebut dan kongres AS menolaknya, TPPA akan tetap dilaksanakan walaupun tanpa AS.
Jika ini berlaku, siapa pula yang menjajah?
Kelima, yang terakhir, adalah isi kandungan teks TPPA.
Dalam apa-apa perjanjian, isi kandunganlah yang paling penting. Perjanjian Pangkor, walaupun 12 helai telah mampu menjajah Tanah Melayu beratus tahun lamanya. Ini kerana isi kandungan perjanjian itu yang ‘mengikat’ tanah air kita.
Berbeza dengan Perjanjian Pangkor, teks TPPA telah memberikan begitu banyak pengecualian kepada Malaysia. Antaranya adalah pengiktirafan dasar Bumiputera, perolehan syarikat milik kerajaan, persaingan SME, label halal dan sebagainya.
Namun di akhirnya, TPPA memberikan Malaysia hak untuk menarik diri dari TPPA dengan memberikan notis bertulis dalam masa 6 bulan. (Chapter 30: Final Provision, Article 30.6: Withdrawal)
Ini cukup berbeza dengan Perjanjian Pangkor yang tidak mempunyai klausa tersebut.
Perjanjian penjajahan mana yang memberikan jalan keluar?
#BantahTPPA #FahamiTPPA #FahamSebelumBantah
MatRodi
January 13, 2016Leave a reply
LEGASI NAJIB?
LEGASI NAJIB?
Jika membaca apa yang ditulis oleh penyokong-penyokong 1MDB, PM Najib adalah Perdana Menteri yang terbaik yang Malaysia pernah saksikan.
Mengikut logik mereka ini juga, Tun Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri yang terburuk, bahkan paling banyak menyusahkan rakyat Malaysia menerusi perjanjian konsesi tol, pembinaan IPP dan keengganan beliau melaksanakan cukai GST.
Ini tidaklah menghairankan kerana PM Najib sendiri secara terbuka telah menyalahkan perjanjian di zaman Tun Dr Mahathir ketika ucapan penutup PAU baru-baru ini.
Ibarat bapa borek, anak rintik. Ketua mengorek, pengikut membodek. Maka ditimbulkanlah kembali segala macam dasar negara dari pemerintahan yang lepas agar rakyat jelata memaafkan skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion ke akaun peribadi seorang penjawat awam.
Hairannya, penyokong-penyokong yang gian menyalahkan Tun M seolah-olah merasakan PM Najib tidak pernah berada dalam kabinet ketika keputusan dan perjanjian tersebut dibuat.
Mungkin mereka terlupa akan konsep tanggungjawab bersama (collective responsibility).
Atau mungkin konsep tersebut hanya terpakai apabila skandal 1MDB berlaku dan apabila Timbalan PM serta seorang menteri membangkitkan isu tersebut, mereka dituduh tidak menghormati konsep tersebut lalu dipecat.
Katakanlah PM Malaysia sekarang hanya menceburi bidang politik selepas persaraan Tun M, dan kesemua kenaikan tambang pengakutan awam, harga tol dan tariff elektrik adalah legasi Perdana Menteri yang lepas, bagaimana pula halnya dengan PM Najib Razak? Adakah beliau tidak mempunyai legasi yang telah menyusahkan hidup rakyat?
Hakikatnya ada- jika kita menggunakan logik yang sama yang diguna pakai oleh penyokong PM Najib.
SeMenjak tahun 2009, harga rumah di Malaysia telah meningkat terlalu mendadak dengan kenaikan 10.1% setahun sehingga tahun 2014.
Kenaikan ini amat luar biasa memandangkan kadar kenaikan harga rumah daripada tahun 2000 hingga 2009 hanyalah sekitar 3.1%.
Ini bermakna rumah yang berharga RM285,000 pada tahun 2000 telah berharga RM606,000 pada 2014*. Sepatutnya rumah tersebut akan berharga RM437,000 jika kadar kenaikan tidak keterlaluan.**
*(CAGR 2000-2008: 3.1%, CAGR 2009-2014: 10.1%)
**(CAGR 2009-2014: 3.1%)
Ini menjadikan perbezaan sebanyak RM169,000! Jika pinjaman perumahan dibuat, pembeli akan membayar RM2,750 sebulan selama 30 tahun.
Jumlah ini adalah RM770 lebih tinggi jika kadar kenaikan harga rumah hanyalah sekitar 3.1%.***
***(Pinjaman 90% dengan kadar faedah 4.45% selama 30 tahun)
Apa sebenarnya yang berlaku pada tahun 2009 yang menyebabkan harga rumah meningkat terlalu mendadak?
Pertama, kerajaan telah menghentikan kadar cukai RPGT pada 2007. Sebelumnya, kerajaan sentiasa mengenakan cukai 30% bagi penjualan hartanah dalam tempoh dua tahun pertama.
Kadar 0% dikekalkan pada 2009 walaupun Malaysia mempunyai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri baru.
Kedua, kerajaan pada tahun 2011 telah membenarkan pemaju hartanah untuk memperkenalkan skim DIBS di mana pembeli rumah tidak perlu membayar apa-apa bayaran progresif kerana telah ditanggung oleh pemaju.
Amalan ini telah menyebabkan pemaju hartanah menjual rumah pada harga 30% lebih mahal dan kebanyakan pembeli adalah daripada golongan pelabur dan spekulator yang berharap akan menjual kembali rumah tersebut pada harga yang lebih mahal apabila siap.
Kedua-dua perkara ini adalah antara sebab utama mengapa harga rumah naik begitu tinggi.
Hari ini penyokong PM Najib mengatakan rakyat Malaysia telah menanggung akibat daripada perjanjian berat sebelah di zaman Tun M.
Tetapi bolehkah mereka memberitahu kepada kita bahawa PM sekarang telah gagal dalam merencana polisi dan telah gagal dalam mengawal harga rumah di Malaysia semenjak 2009? Ini sama buruknya, bahkan lebih teruk berbanding dengan perjanjian berat sebelah yang dibuat oleh seorang bekas Perdana Menteri.
Harus diingat, bayaran pinjaman perumahan adalah 40%-60% daripada perbelanjaan bulanan isi rumah. Sebarang kenaikan (apatah lagi kenaikan tidak munasabah) akan memberi kesan yang dashyat kepada orang ramai.
Jika Menteri Kewangan sekarang benar-benar pemimpin yang cekap, bijak dan mendahulukan rakyat, sudah pasti beliau akan menaikkan kadar cukai RPGT kepada 30% serta merta apabila menjawat jawatan tersebut pada 2008.
Dalam hal ini, mujurlah Bank Negara bertindak pantas melarang mana-mana pemaju hartanah daripada menawarkan skim DIBS. Jika dibiarkan kepada Menteri Kewangan, silap haribulan harga hartanah akan lebih menggila.
DisebAbkan kecuaian Menteri Kewangan merangkap PM, ia telah mengurangkan kuasa beli isi rumah. Perkara ini jauh lebih menekan berbanding dengan kenaikan tambang tol, pengangkutan awam dan tariff elektrik.
Selain daripada bayaran pinjaman perumahan bulanan yang lebih tinggi, harga rumah yang tinggi telah menyebabkan sebilangan besar rakyat Malaysia sukar untuk memiliki rumah. Hakikat bahawa 1.05 juta yang berdaftar dengan PR1MA menjelaskan segalanya.
Jika harga rumah berjaya dikawal selia dan kadar kenaikannya munasabah, kerajaan tidak perlu mengeluarkan berbilion ringgit setahun untuk membina rumah mampu milik.
Penyokong PM Najib sering berkata pengenalan GST telah menyelamatkan Malaysia daripada kejatuhan harga minyak dan rakyat perlu memuji keberanian PM. Jadi, mengapa Perdana Menteri terbaik Malaysia gagal melihat perkara ini ketika menjawat jawatan tersebut pada 2009?
Walaubagaimanapun, penyokong PM Najib pasti boleh menjawab berkenaan dengan hal ini. Bahkan, mereka boleh memberi justifikasi mengapa harga rumah terlalu mahal adalah perkara biasa.
Sedangkan isu derma RM2.6 billon boleh dijawab dan dianggap biasa, inikan pula isu ini.
Tetapi jawapan tersebut tetap tidak akan menafikan bahawa ini adalah legasi Najib.
Di era beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, harga rumah telah melambung tinggi sehinggakan harga rumah di Malaysia menjadi lebih mahal berbanding dengan United Kingdom, Singapura, Ireland dan Amerika Syarikat.
Di negara-negara maju tersebut, harga rumah adalah sekitar 2.6-5 kali ganda apabila dibandingkan dengan pendapatan median rakyat. Malaysia? 5.5 kali ganda.
Perkara ini tidak masuk akal kerana Malaysia bukanlah sebuah negara yang maju dan 50% isi rumah masih berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan.
Sesungguhnya, Perdana Menteri selepas ini pasti boleh menarik nafas lega dan tidak perlu bertanggungjawab terhadap kenaikan harga rumah. Ini kerana ia adalah legasi PM terdahulu iaitu legasi Najib.
Legasi- sebagaimana yang kita tahu, boleh dijadikan sebagai alasan untuk melepaskan tanggungjawab seorang Perdana Menteri.
MatRodi
Ps: I’m back!
Pss: I’ve benefited from the research done by KRI. However, any faults, misunderstanding, misinterpretation lies with me.
December 27, 2015Leave a reply
SOALAN KEPADA TUKANG JAWAB
Dalam cubaan membela PM Najib Razak, YB Rahman Dahlan telah mengesahkan bahawa wang derma USD700 juta telah masuk ke akaun peribadi Presiden parti.
Maknanya, ini bukannya akaun parti yang dibuka dan didaftarkan di atas nama tiga pemegang amanah sebagaimana amalan parti dahulunya.
Sebaliknya- ini adalah akaun peribadi.
Menerima derma sebanyak itu dan dimasukkan ke akaun parti politik tidak ada salahnya. Parti boleh menerima 2.6 billion mahupun 260 billion wang derma. Malah bukan isunya. Hatta NGO yang kononnya ‘Bersih’ juga diberikan ‘derma’ dari pihak luar untuk kegiatan mereka.
Tetapi menerima derma sejumlah wang tersebut dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi presiden boleh menimbulkan persoalan.
Persoalan pertama adalah adakah ahli Majlis Tertinggi telah berbincang dan bersetuju menjadikan akaun peribadi Presiden parti bagi tujuan menerima derma?
Jika sudah berbincang dan sepakat, mengapa terdapat ahli Majlis Tertinggi merangkap Menteri Penerangan ketika itu (Shabery Cheek) berkata “tidak logik PM ambil wang sebanyak itu masuk ke akaun peribadi.”
Bahkan, Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan berkeras “Perdana Menteri bodoh mana yang akan mengambil RM2.67 bilion untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. Jika benar, ia adalah kebebalan yang terlalu amat sangat,”
Adakah ini cubaan mereka untuk menggulingkan presiden parti yang dipilih secara demokratik?
Tetapi mereka tidak pula digugurkan daripada jemaah kabinet sebagaimana nasib Timbalan dan Naib Presiden.Tidak juga mereka disoal siasat polis.
Sama ada PM Najib telah melakukan kebebalan yang teramat sangat ataupun tidak tidaklah penting.
Persoalannya yang kedua adalah, jika perkara ini tidak pernah dibincangkan di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi, siapa pula yang memberikan kebenaran untuk menjadikan akaun peribadi beliau sebagai akaun amanah?
Tidak logik Presiden melantik diri sendiri tanpa berbincang. Perlembagaan UMNO juga tidak mempunyai peruntukan tersebut.
Persoalan ketiga- jika ahli MT UMNO tidak tahu mengenai wang derma ini dan sememangnya derma tersebut digunakan untuk tujuan politik, tujuan politik siapa?
Politik parti ataupun politik Presiden parti?
Jika politik parti, masakan ahli MT UMNO tidak tahu?
Jika politik presiden parti, tidakkah ini bermakna beliau telah menggunakan wang tersebut bagi tujuan peribadi?
Ini bercanggah dengan kenyataan beliau yang menafikan penggunaan sebarang wang bagi keuntungan peribadi. Sesungguhnya memenangi pilihanraya akan mengekalkan beliau sebagai Perdana Menteri dan ini adalah keuntungan bagi dirinya.
Pengarah Komunikasi Barisan Nasional serta barisan menteri yang baru dilantik boleh berkata apa sahaja mengenai derma politik. Mereka boleh berkata seperti adalah lebih selamat wang derma masuk ke akaun peribadi PM dan parti memerlukan lebih banyak wang.
Tetapi ini bukanlah kebenaran sebaliknya skrip/jawapan yang dibuat ‘after thought’.
Hakikat perkara ini baru disebut berminggu-minggu selepas pendedahan awal dibuat membuktikan mereka juga seperti kita semua yang tidak tahu apa-apa.
Isu mengapa wang derma ke akaun peribadi presiden penting bukan kerana kita tidak mahu wang derma bagi perjuangan parti. Ramai yang faham keperluan dana yang banyak untuk kerja-kerja politik.
Sebaliknya, kita tidak mahu ‘rasuah jadi budaya, amanah dikhianati dan parti membisu hanya untuk membela golongan tertentu atas nama kesetiaan pada parti. Atau disiplin kepartian mentaati pemimpin’ – sebagaimana yang disebut oleh MB Johor.
Mat Rodi
ps: Persoalan terakhir adalah, kalau akaun peribadi PM dikatakan sebagai akaun amanah parti, bagaimana pula wang derma yang masuk ke akaun peribadi isterinya?
Itu amanah untuk apa/siapa?
August 6, 20151 Reply
PROTON 30 TAHUN
PROTON 30 TAHUN
Kebiasaannya kos bagi memulakan syarikat automotif mencecah berbillion dolar. General Motor membelanjakan USD5 billion hanya untuk pembangunan kereta hybrid. Kereta elektrik Tesla Motor menelan belanja USD6 billion. Namun, Proton bermula dengan modal sebanyak RM150 juta dan pinjaman RM800 juta (USD250 juta). Pinjaman ini tidak diuruskan oleh Goldman Sach sebaliknya diperoleh terus daripada kerajaan.
Ketika Proton dibangunkan, pasaran automotif Malaysia hanyalah bernilai 23 ribu kereta setahun. Maksudnya industri ini teramatlah keci.
Jika permintaan bertambah secara konsisten selari dengan pertumbuhan ekonomi 6% setahun, pasaran automotif Malaysia hari ini hanyalah akan sebesar 132 ribu kereta setahun
Tetapi melalui Proton, kerajaan telah merancakkan industri tersebut yang mana hari ini sebanyak 685 ribu kereta terjual dalam setahun. Peningkatan 5 kali ganda ini sudah pastilah ada kaitannya dengan kewujudan Proton.
Selama 30 tahun, Proton telah menjual 4 juta kenderaan. Sebaliknya Proton bukan sekadar menjual kereta, ia telah membantu mewujudkan ‘sistem rantaian nilai yang lengkap’ melalui industri hilirannya.
Tiada siapa dapat menafikan sumbangan Proton di dalam pembangunan vendor, alat ganti, reka bentuk, insurans, kewangan, pemasaran dan banyak lagi. Untuk rekod, Proton telah melabur RM20 billion bagi tujuan ini semenjak penubuhannya.
Dahulunya, rakyat Malaysia (terutama bumiputera) menghadapi kesukaran untuk mendapatkan rakan niaga di dalam sektor automotif kerana tiada kepakaran dan modal. Tetapi Proton telah memberikan mereka peluang tersebut. Bahkan ada di kalangan mereka yang kini menjadi pengedar kereta asing di Malaysia dan berjaya.
Jasa terbesar Proton adalah mewujudkan pekerjaan. Lebih 77 ribu pekerja yang terlibat terus dengan Proton. Berapa banyakkah syarikat di Malaysia yang mampu menyediakan peluang pekerjaan sebanyak ini?
Ia bukan sahaja menyediakan pekerjaan biasa tetapi turut mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi. Sedikit sebanyak, jurutera tempatan berkhidmat di dalam negara tanpa perlua menjadi sebahagian daripada ‘brain drain’.
Dengan kemudahan, kepakaran dan infrastruktur yang ada, ia telah menarik minat lebih banyak pengeluar kereta asing untuk melabur di Malaysia. Bukan sahaja lebih banyak kereta dapat dijual, peluang pekerjaan dan perniagaan yang dijana juga bertambah. Ini telah mengembangkan lagi saiz ekonomi bagi industri automotif negara.
Pernahkah kita terfikir bagaimana Volkswagen, Honda dan Mercedes mampu membuka kilang CKD di Malaysia?
Ada yang berkata- tanpa kereta nasional, kita masih boleh mengutip cukai hasil jualan kereta import. Tetapi apabila kita membeli kereta asing, pengaliran wang keluar akan berlaku. Dan jumlah ini melebihi daripada jumlah cukai yang dikutip.
Sebagai negara berdagang, akaun dagang kita perlu diseimbangkan. Jika barangan i
Subscribe to:
Posts (Atom)
Jom Melancong
Kami menyediakan perkhidmatan Tour & Travel
Pengangkutan pelancongan dan harga termurah dan selesa.
kadtravelink Tour and Travel