Friday, March 25

MITSUI OUTLEK PARK- KLIA SEPANG

  Terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang KLIA, sepuluh minit pemanduan sahaja.

  Di gedung ini banyak menawarkan kepada para pelanggan bermacam -macam jenama pakaian khususnya.

  Hampir 90% jualan berkisarkan pakaian yang berjenama dan asli seperti BOSS,TIMBERLAND,ZALORA,ADIDAS dab banyak lagi tidak di sebutkan di sini.

  Manakala harganya sudah tentu lebih murah dari butik2 mereka,maklumlah  bukan terbaru di pasaran.

  Bagi penggemar COKLATseperti BERYL,M&M dan bermacam2  jenama lagi terdapat disini.

Ramai juga pelancong- pelancong luar singgah sebentar di sini untuk membeli coklat- coklat sebagai ole-ole untuk di bawa pulang.

Sudah pasti harganya amat berbeza sekali jika di bandingkan dengan pasaran diluar.

Selamat Berbelanja

Sunday, March 20

Permit Oh Permit

1)  Perkara utama perlu di fikirkan untuk melakukan kerja2 halal di Malaysia terutamanya berniaga memerlukan lesen atau permit niaga.

2) Lesen perniagaan terbahagi kepada dua kategori:

a) Pemilikan tunggal (Enterprise) cara pendaftaran hanya RM60.00 untuk 2 tahun pertama.Manakala akaun syarikat di urus pemilik perniagaan tersebut.

b) Syarikat SDN BHD wajib mempunyai Rakan kerja, Lembaga pengarah manakala juruaudit yang mengira akaun tersebut.

3)  Permit Kenderaan ada berbagai2 permit(Hanya di Malaysia):

a) Permit Bas Persiaran -

    Hanya di keluarkan pemerintah malaysia untuk bas yang mempunyai 44 tempat duduk untuk membawa pelancong tetapi tidak pasti untuk pelancong asing sahaja atau tempatan juga boleh menikmati juga kemudahan ini.

  Selalunya Kenderaan ini berbelang hijau dan bertulis perkataan BAS PERSIARAN.

Setiap trip perjalanan harus juga ada bersama seorang Pemandu Pelancong yang wajib di bayar gaji mengikut pakej.

b) Kebanyakan pemilik permit ini adalah syarikat pelancongan yang berdaftar dan tidak di nafikan ada juga orang perseorangan juga memilikinya secara pajakan.

4) Permit kenderaan Sewa Pandu Sendiri.

  a) Permit ini amat jarang sekali di miliki oleh orang perseorangan,kebanyaknya di miliki oleh syarikat2 yang besar di anugerahi dgn permit2 tersebut dgn jumlah yang amat sesuai untuk syarikatnya berniaga.

b) Ciri2 untuk mengenali permit jenis ini ialah papan latar belakangnombor mereka berwarna putih.

c)  Tidak pasti boleh di gunakan untuk mengambil dan menurunkan pelancong atau tidak,ini terpulanglah kepada syarat yang di keluarkan oleh pemerintah untuk permit jenis ini iaitu KERETA SEWA PANDU.

5) Kereta Syarikat:
  Biasanya kenderaan ini tidak ada apa2 tulisan di badan kenderaan mereka,yang membezakan ialah cukai jalan dan insuran

a) Banyak kemungkinan kenapa syarikat ini tidak mendapat permit satu di antaranya ialah faktor ekonomi yang tidak stabil.

b) Syarikat tidak sanggup untuk memajak permit dari pihak lain dan berkemungkinan juga bermasaalah syarikat untuk membuat pinjaman dari pihak bank.

6) Permit teksi

7) Permit bas Catar

8) Permit Lori Barangan.
Ada bermacam2 jenis pula,ada yang kelas A,C dan lori sampah pula lain lagi.

  Banyak lagi Permit2 yang tidak di sebut di sini,apa yang penting semua permit di kawal rapi oleh pemerintah malaysia.

  Untuk mendapatkan Permit2 tersebut para pemohon mesti lah mempunyai syarat2 yang sudah Maklum.

Jika ada kesilapan di sini sila perbetulkan,kami hanya menulis berdasarkan pengalaman sahaja.

 

 

Jom Melancong

Kami menyediakan perkhidmatan Tour & Travel Pengangkutan pelancongan dan harga termurah dan selesa.
kadtravelink Tour and Travel