Saturday, December 7

5D4N Kuala Lumpur -Hatyai- Krabi-Phi Phi Island PACKAGE:KAD 1066

  PACKAGE :             KAD 1066

 Pada Disember 2013 tepat jam 06:00pagi konvoi kami bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Hatyai,Thailand yang di sertai 2 buah kenderaan van 11 tempat duduk dan sebuah kereta 14 orang ke semuanya.

  
   Perhentian kami ke Changlun dari Kuala Lumpur  mengambil masa lebih kurang 7 jam perjalanan.Di sinilah tempat sesuai untuk makan dan juga persiapan seperti membeli insuran dan tukaran wang yang mesra ringgit.

   Hampir 30 minit  di sini perjanan kami di terus kan lagi menuju ke Bukit Kayu Hitam yang mana hampir 30 minit perjalanan, di sini lah juga terletak nya gerbang ke negara yang di kenali dengan gajah nya.

     Selesai sahaja passport di periksa dan di chop oleh kedua dua pihak Malaysia dan Thailand perjalanan di terus kan lagi dan pekan pertama yang kami lalui ialah Pekan Danok.

  
      Di kiri kanan jalan di Danok ini terdapat gerai yang menjual Sim Kad telefon yang berharga Baht 290.90(RM30.00) yang mana data internet nya tanpa had selama seminggu penggunaan dan juga kredit panggilan.

  Tidak sampai 20 minit di sini kami menerus kan lagi perjalanan menuju ke Hatyai yang anggaran masa 40 minit pemanduan.

  Oleh kerana hujan yang lebat sepanjang perjalanan, kami mengambil masa lebih  dari satu jam untuk ke sini.Kami daftar masuk hotel Asean 3*  RM120/BAHT 1200(booking.com) yang terletak di tengah bandar.Hotel yang agak selesa juga untuk 3 orang sebilik.


  Kami terpaksa berehat lama sedikit di bilik memandangkan di luar sana hujan masih lagi tidak berhenti.Acara petang kami di teruskan dengan makan petang di restoran muslim berdekatan dan membeli barang keperluan untuk keesokan hari.

 

   Makanan yang popular di sini bagi kami ialah pulut ayam,pulut mangga dan somtam selain tomyam dan udang goreng petai.Di waktu malam sekitar hotel ini terdapat banyak gerai makanan halal dan pakaian untuk dibeli.Suasana di sini amat berubah sekali di waktu malam hari.Kebanyakan pegunjung nya adalah dari malaysia dam singapura terutamanya.


   Keesokan hari tepat  jam 9:30 pagi selepas makan pagi di hotel, kami bersiap sedia untuk bertolak ke Krabi yang jangkamasa pemanduan mengambil masa 4 jam.


   Hampir 2 jam perjalanan,kami memutuskan untuk makan tengahari di daerah Saikhkao  yang menyaji kan masakan sup dan tomyam,kami tidak risau  tentang status halal di sini kerana kebanyakan penduduk di sini beragama islam yang hanya komunikasi sahaja membataskan kami dan mereka.


  Hampir 30 minit di sini kami meneruskan lagi perjalanan  menuju ke Krabi,hujan masih lagi turun dengan lebatnya dan menambahkan lagi  masa untuk kami ke sana.Sebenarnya struktur jalan di sini di kira agak baik dan banyak juga jalan di tambah baiki terutamanya yang menyusuri jalan berbukit.Di kiri kanan lebuhraya tak bertol mereka ini dapat di lihat kampung dan sawah padi.Semestinya buah buahan di gerai bahu jalan menjadi fokus kami,ialah segar dan murah katakan.


   Lebih kurang 4-5jam perjalanan kini tibalah kami di Aparment yang mana tempahan di buat 2 bulan sebelum ketibaan.Harga nya tidak lah terlalu mahal jika di banding kan dengan kemudahan yang di sediakan seperti garaj kereta,kolam renang,gimnasium dan peralatan dapur untuk memasak.(BOOKING.COM..suite Room Baht 2500.00/per night=RM250.00)


 Kami di faham kan aparment ini baru sahaja siap di bina dan kami adalah pelanggan pertama mereka.Terletak berdekatan pantai.Jalan untuk ke sini sedang di naik taraf di kiri kanan kelihatan banyak penduduk muslim menjalankan aktiviti perniagaan seperti restoran,gerai gerai dan pasar malam.Kelihatan juga pondok pondok kecil dan sekolah agama di situ.


  Waktu malam jam 8 kami ke Pantai Ao Nang untuk makan malam dan kami memutuskan untuk ke makanan laut yang agak terkenal di situ harganya juga adalah berpatutan.


  Persisir pantai ini juga adalah tempat tumpuan  utama pelancong di mana terdapat banyak mini bar,rumah urutan  pakaian dan sebagainya.Sebenarnya di sini juga banyak hotel2 bajet yang berharga dari RM 50 sahaja yang selesa,tetapi kami memilih apartment lebih baik jika datang berkumpulan,lagipun di sini banyak barangan mentah seperti lauk pauk yang segar untuk di masak sendiri.


  Jika ke Krabi rasanya tidak lengkap jika tidak ke pulau pulau nya,terutama ke phi phi island, seandainya pertama kali ke sini.separuh peserta kami membuat tempahan untuk ke pulau dan separuh lag ambil masa sendiri membeli belah di bandar Krabi.


  Harga untuk seorang ke Phi Phi Island BAHT 1000.00/seorang RM100.00 termasuk makan tengahari dan peralatan diving.Menaiki bot laju 4o minit.Masa di peruntukan ialah 6 jam.semestinya lah pulau pulau di sini amat cantik dengan keaslian dan kejernihan air nya.

  Dari aprtment kami ke pantai  menyusuri jalan kampung, banyak juga kelihatan gajah gajah di ternak di sebelah rumah atau  di padang berdekatan.Kelihatan juga beberapa pelancong menunggang  di bawa memasuki hutan dan bukit,harganya tidak pasti kerana kami tidak mencuba mungkin takut dan gayat.


  Pada jam 7 malam kami berkumpul lagi kali ini kami berpakat untuk ke Night Market, yang mana bermula jam 3 petang dan berakhir 8 malam.Aktiviti ini hanya lah untuk hari jumaat sabtu dan ahad sahaja.

 Terdapat  berbagai barangan mentah,makanan goreng dan kuih muih di jual di sini.Jadual kami selesai jam 11 malam.Kami semestinya mencuba makanan popular mereka iaitu Pan Cake Pisang.


   Keesokan hari nya kami daftar keluar jam 12,perjalanan kami di teruskan lagi sekali menuju ke Hatyai.Kali ini perjalanan amat lancar kerana cuaca yang cerah maka pemanduan kami kosistem.


  Lebih kurang jam 4 petang kami tiba i Hatyai kali ini kami daftar masuk ke hotel Centara 4* harga Baht 1700.00/RM170.00 DELUXE.


  Hampir sejam berehat kami meneruskan lagi lawatan  ke Floating Market yang hanya 5km dari hotel.Dari jauh lagi kelihatan ramai pegunjung yang berkerumun dan membeli belah di situ.Kebanyakan mereka menjual makanan dan pakaian.Selama hampir 3 jam kami di sini.


  Di persekitaran hotel di malam hari banyak gerai gerai di buka yang mejual makanan pakaian dan pelbagai lagi.Suasana nya lebih menyeronokan lagi bila penghibur  jalanan melakukan aksi merala.Memang tak puas membeli belah di sini.Aktiviti kami berakhir jam 12 malam.


  Seperti biasa, hari terakhir kami di sini,kami daftar keluar agak lambat dan aktiviti di terus kan lagi untuk membeli belah tetapi kali ini kami menukar lokasi ke Pasar yang terletak 100 meter dari hotel.Di sini juga lah tempat kami menghabiskan wang Baht yang ada dalam saku kami dengan membeli barangan yang sedikit pelik yang jarang di jual di Malaysia.


  Jam 1 kami daftar keluar dan singgah di Restoran Kelantan untuk makan tengahari yang mana masakan nya ala masakan Kelantan dan nasi kukus.


   Hampir 30 minit di sini kami meneruskan lagi perjalanan kami ke Bukit Kayu Hitam dan seterusnya ke Kuala Lumpur.Maka selesai lah pengalaman kami untuk di ceritakan.Lebih kurang jam 11 malam, kami sudah terpacak di KLCC Kuala Lumpur  di tempat pertemuan permulaan kami.

Sekian


   ANGGARAN KOS 5D4N HATYAI -KRABI

  UNTUK 9PAX/VAN PERSIARAN

RM485/PAX ALL IN.

HARGA TERMASUK:

 HOTEL DAN KENDERAAN

★TIDAK TERMASUK MAKAN DAN MEMBELI BELAH.

★ PEMANDU BERSAMA PESERTA 8 JAM SEHARI TERMASUK MENUNGGU.

★ APARTMENT YANG ADA PENGAWAL KESELAMATAN YANG KETAT.



 


  

  

   


  



  

  

 


    

    


No comments:

Jom Melancong

Kami menyediakan perkhidmatan Tour & Travel Pengangkutan pelancongan dan harga termurah dan selesa.
kadtravelink Tour and Travel