1) Salam sejahtera dan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat islam semua.
2) Hari ini kita bercerita tentang perihal teksi di Kuala Lumpur atau Selangor.Tetapi kali ini juga kita akan menghuraikan tentang kehidupan mereka pula dari segi kewangan dan tekanan hidup mereka untuk survival.Mengikut pengalaman admin.
3) Baik lah kita mula kan dengan jenis2 teksi yang terdapat di Kuala Lumpur ini.Bermula dari Kereta Jenis Proton Iswara sehinggalah Mecedes mewah yang Hanya menunggu di hotel yang di panggil Hotel Limousin pemandunya yang kemas bertali leher berbanding pemandu teksi berbaju putih dan seluar gelap.
4) Manakala warna nya pula pelbagai warna antaranya kuning,merah,hijau,biru,putih dan banyak lagi mengikut kesesuaian syarikat yang mengendalikan nya.
5) Pada kelazimanya teksi2 ini di sewa beli dari syarikat teksi dengan sewa harian mesti di bayar setiap hari atau selepas 3 hari.Dengan wang deposit RM4000.00 untuk yang second hand dan RM6000.00 untuk yang baru daftar dan bayaran harian di antara RM45.00-RM68.00 sehari selama selama 3-6 tahun mengikut perjanjian yang di tangani.
Jika tempoh bayaran sudah selesai kita masih lagi menggunakan permit mereka dengan bayaran RM15-RM25 sehari.Terdapat banyak juga teksi2 mereka di Tarik oleh pihak Syarikat kerana gagal membuat bayaran mengikut jadual dan nama mereka di senarai hitam di CTOS.
6) Terdapat juga mereka2 yang di anugerah kan kerajaan dengan permit persendirian maksudnya permit yang terpanpang warna putih di pintu depan tertulis nama pemandu nya sendiri sama seperti permit pemandu yang di dashboard mesti di pamerkan.Bagaimanapun admin tidak ketahui berapa ramai yang mendapat anugerah tersebut.
7) Pekerjaan Pemandu teksi bermula seawal jam 6 pagi dan berakhir 1pagi,ini bergantung jangkamasa rehat mereka waktu makan tengahari.Dengan meggunakan meter perjalanan yang bermula RM2.10 (8tahun lepas) maka para pemandu berkeliaran lah mencari penumpang,kebiasaanya waktu pagi2 ramai yang menahan teksi untuk jarak yang dekat sahaja dengan bayaran tak lebih RM5.00.Sesekali tu adalah penumpang yang emergency ke tempat kerja kerana kenderaan mereka bermasaalah.
8) Apabila sudah bosan merewan badan pun dah lenguh2 namun tiada juga penumpang yang nak bagi rezeki,maka pemandu teksi tadi akan menunggu di giliran teksi seperti tempat membeli belah yang popular seperti Sogo,The Mall,Chow kit dan terkini sekitar Bukit Bintang .Kadang2 dengan tempoh menunggu yang hampir 2 jam dapat pula pelanggang yang hanya tak mahu berjalan kaki suka naik teksi dengan bayaran RM2.70 sahaja.Cuba bayangkan perasaan pemandu tersebut.
9) Secara mudah nya pemandu harus bekerja mencari duit sewaan dari jam 6 pagi sehingalah 2petang.Selepas jam 3petang mereka keluar lagi kali ini mecari gaji buat diri sendiri, jika bernasib baik dapat yang perjalanan jauh cepat lah pulang ke rumah bertemu keluarga,jika tidak mungkin sampai ke pagi lah jawab nya.
10) Secara am nya majoriti pemandu teksi adalah orang yang sedikit berumur dan tidak di nafikan juga ada di antara mereka itu anak2 muda belia.Tak lupa juga ramai di antara mereka yang sudah berpencen,memandu hanya untuk mengisi masa ruang.
Pemandu juga ada pelbagai bansa.
11) Sebagai manusia memang tidak lari dari kesilapan,apatah lagi jika di tepi jalan sekitar ibukota itu mereka di saman dengan berbagai2 kesalahan jalanraya.Contohnya tidak memakai talipinggang keledar RM150.00 dan banyak lagi.Ini harga saman di kenakan JPJ dan PDRM tetapi sekarang S.P.A.D yang menaganinya pula tidak lah di ketahui berapa denda lebih atau pun kurang.
12) Kepada yang mempunyai teksi yang agak baru di pandangan mata,mereka beruntung dapat mengambil penumpang dari Lapangan terbang antarabangsa,Tetapi dengan cara daftar di Padang Menuju Charter field tu tunggu sehingga di panggil giliran untuk menunggu lagi di Aras 1 KLIA.Admin rasa tempoh menunggu nya amat lama tetapi mungkin sekarang sudah cepat sedikit tempoh menunggu.
Kebiasaanya di bulan ramadhan pendapatan pemandu teksi terjejas teruk sehingga 80% di tambah lagi isu2 besar dan peristiwa,wabak yang melanda negara tahun ini.
Melainkan di waktu petang teksi2 beratur di stesen komuter atau LRT untuk mencari wang saku untuk sedikit kueh mueh juadah untuk berbuka puasa.
13) Harapan admin supaya pihak berkaitan menganugerahkan para pemandu2 teksi yang layak di berikan permit sendiri.Ini juga mampu menangani masaalah tekanan kewangan mereka.Cuba bayangkan admin membayar RM45.00 (secondhand) sehari selama 3 atau 5 tahun untuk teksi Iswara yang berumur lebih dari 8 tahun,mahal atau pun tidak iswara tersebut?
14) Sekianlah untuk kali ini admin menulis berdasarkan pengalaman.Sila betul kan apa kesilapan admin di sini.
DIBAWAH INI FOTO TEKSI TERDAPAT DI MALAYSIA
GUNAKAN TANPA WAS WAS