Saturday, June 14

Betul Ke Ho Chi Minch City Syurga Membeli Belah?

1)   Sebetulnya blog ini di tulis hanya untuk satu persoalan  iaitu berkenaan Ho chi Minch City adakah benar syurga untuk berbelanja?

    Suka juga di tekan kan disini  segala yang tersirat hanyalah gurau jenaka dan santai di petang hari.Tiada maksud lain hanya sekadar mengisi masa percuma.


2)  Untuk mengetahui dan menjawab persoalan tersebut maka terpaksalah aku mengalami dan menghadiri pakaj2 yang di tawar kan.

3)  Oleh kerana banyak kumpulan2 terutama dari penjawat2 awam malaysia (Goverment Servant),kilang2,Hospital,Swasta yang mengajurkan pakaj2 ke Vietnam  dengan sambutan dan prospek menarik, maka terdetik juga di hati ini untuk mengetahui apakah keistimewaan di bandar Saigon ini.

   4)  Kebiasaanya peserta2 mereka terdiri 30 orang keatas dan mereka di kira dari RM1100 -RM1500 (4D3N) satu kepala,ini juga termasuk tiket penerbangan,penginapan,pengankutan,makan minum bermula dari airport sehingga selesai pakaj 4Hari3malam A-Z lah katakan.

    Apa yang penganjur2 itu perlu lakukan, mencari kenalan atau iklan kan di jabatan mereka untuk sesebuah pakaj  terlebih dahulu, kebiasaanya 4- 6 bulan sebelum tarikh lawatan.


5)  Apabila sudah mencukupi target, beliau akan mencari agensi pelancongan tempatan yang boleh berundingniaga di Malaysia terutamanya sebelum link ke agensi di Vietnam.


    Juga terdapat segelintir di antara mereka yang mungkin sudah sering  ke sana mengenali pemandu dan agensi pelancongan  membawa terus para peserta dan beliau bertindak sebagai pemandu pelancong yang kedua (Sitting Guide)
    Kebiasaanya penganjur mendapat RM100-RM300 satu kepala peserta di samping tiket dan bilik hotel secara percuma.


6)  Pesawat   popular yang sering digunakan untuk ke Saigon biasanya Mas,airasia,Vietnam Airline.Rata ratanya harga tidak melebihi RM200.00 jika di tempah seawal mungkin.

7)  Harga untuk penginapan 3 malam purata USD90.00 ini bergantung jenis hotel. USD90.00 yang bersamaan RM297.00/3 malam adalah bertaraf 3 bintang.Ada terdapat banyak  hotel sekitar tempat membeli belah orang malaysia berhampiran Benthan Market.Di situ jugalah terdapat restoran2 Halal.


   Berbangga aku di saat  menjamu selera di Halal Saigon,rupanya pemiliknya adalah junior aku di  Sekolah Pengkalan Chepa SMPC.Syabas saudara Ijan.


8)   Aku memutuskan  untuk menginap di May Flower Hotel,sedikit jauh dari tempat rakyat Malaysia berbelanja,jadi mahu tidak mahu terpaksa mengambil teksi yang tersedia di hadapan hotel.Tetapi aku tidak perlu risau kerana bayaran hanya lebih kurang RM2.50 guna meter. Mana kan tidak jika berjalan kaki pun hanya 15 minit sahaja masa di ambil.
(VINASUN TAXI ADALAH YANG TERBAIK)


9)   Walaupun aku mempunyai link sebagai Travel Agensi Yang sah,tapi kali ini aku hanya mencuba mengikuti pakaj dari Saigon,Apapun hanya beberapa trip sahaja dapat aku ikuti kerana badan kurang sihat akibat demam.


AGODA dan BOOKING.COM adalah pilihan aku untuk tempahan hotel,Manakala airasia untuk penerbangan.(RM360.00 2hala).


10)   Harga makanan di sini RM30.00 purata untuk satu hidangan,lauknya pula boleh di kongsi untuk 3 orang dewasa.Kira berbaloi lah kan..


11)   Selain membeli belah di bandar terbesar di Vietnam ini juga terdapat objek pelancongan seperti Muzium Perang,Cu chi Tunnel dan banyak lagi yang berhampiran dengan pusat bandar ini.Jika menginap di May Flower hanya perlu berjalan kaki ke China Town yang popular dengan fabrik nya yang murah terdapat di sini.

■  Di fahamkan dan di saksikan aku di mana setiap bilik hotel  di bekalkan dengan browsher untuk tour di jamin selamat dan murah.Justeru itu tidak susah untuk menjelajah Ho chi minch City jika kita datang tidak mengikut kumpulan. 


12)  Seharian  peserta di bawa sekitar bandar menaiki bas,pada keesokan harinya pula para peserta akan di bawa bersiar siar menuju daerah kampung seterus nya menuju ke Sungai Mekong menaiki Cruise aku kira hampir 1 jam juga Cruise tu mengulik kita.


□  Bagi aku suasana kampung sudah sebati dengan jiwa kita, aku di besarkan di kampung dan aku percaya kebanyakan dari peserta2 dari Malaysia adalah berasal dari kampung atau desa juga.Justeru itu apakah yang membezakan kampung kita dengan mereka kan?
Mungkin juga kita merasa kan kita lebih hebat kerana mempunyai Indah Water dan Syabas kot...


13)   Perjalanan seterusnya melawat muzium perang dan menyusuri sungai pokok2 nipah dengan perahu kecil dan para peserta di jamu dengan ubi kayu rebus,daripada  riak wajah peserta mereka amat seronok memakan ubi rebus dan pekena dengan kopi khas Vietnam.Maklumlah Vietnam adalah pengeluar kopi kedua terbesar di dunia selepas Brazil,aku rasa lah.


□  Sebetul nya aku cukup kagum dengan terowong buatan di Chu chi itu,bayangkan berapa lama dan berapa banyak tenaga manusia di perlukan untuk menyiapkanya,dan bagaimana ilmu ikhtiar hidup di praktik kan oleh mereka.


□   Apabila menyusuri sungai pokok2 nipah itu perasaan aku  teringat suasana dikampung kita di Malaysia,hampir setiap daerah kampung mempunyai tempat sebegitu, sebut sahaja nama Kuala semua nya pokok2 nipah kelihatan dan  pada setiap petang pakcik2 perahu menyusuri setiap pokok2 nipah untuk memungut bekas2 yang di tadah untuk mendapatkan Nira,memang popular di bulan Ramadhan.


    Kampung Pahang di Kuala Selangor kelip kelip juga mempunyai pemandangan sedemikian.

   Manakala ubi rebus di cincah kelapa itu susah juga nak dapatkanya di Kuala Lumpur,jika rajin boleh juga ke pasar Borong Selayang atau Ke Chow Kit dapat kan ubi kayu  Rm2.00 sekilo dan rebus dengan sedikit garam.

  Jika tiada kesempatan, anda juga boleh ke Haslam Restoran bersebelahan Tawakal Hospital atau Berhadapan KPJ Hospital sekarang,Jalan Pahang bagi yang tinggal sekitar Kuala Lumpur.

   Bagi pengemar coklat tradisional tiada pulak aku perasan di sini,hanya yang ada Bery'l dan choclate Gallery kilang nya terletak di Serdang,Selangor.


14)  Membeli belah juga adalah biasa2 sahaja di sini,kecuali kepada peniaga2 kain cotton atau baju pasang dan sebagainya.

   Harga mengikut jenis dan corak rasanya,jika bijak tawar menawar anda menang membeli.


   Kebanyakan barangan di sini kesemuanya untuk kaum Hawa,manakala kaum lelaki hanya jadi bodyguard untuk isteri dan anak2 mereka.


    Tempat yang paling popular untuk rakyat Malaysia untuk berbelanja ialah Benthan Market dan di sekitarnya.Ada juga segelintir antara peniaga di sana boleh bertutur bahasa melayu selain bahasa inggeris.


  Jika hanya berminat untuk  berbelanja di sekitar Pasar ini wang Ringgit malaysia  sahaja sudah cukup,kebanyakan hampir kesemua peniaga2 di sini menerima pakai Ringgit Malaysia.


   Tetapi luar kawasan seperti untuk mengurut tapak kaki atau pusat membeli belah besar mereka tidak menerima Ringgit Malaysia.


    Pada sebelah malam jam 7 bermulanya pasar malam sekitar Benthan Market.Di sini anda boleh dapatkan baragan yang sama dengan harga yang berbeza di siang hari.


  15)   Di bandar yang mana kebanyakan mereka penunggang motorsikal ini,jarang sekali kes jenayah maka dengan itu usah risau datang kesini walau anda hanya sendirian.Anda juga boleh bersiar2 ke taman lewat malam  tanpa kerisauan di ganggu.


16)  Kesimpulanya Ho Chi Minch City tidak layak bagi aku menggelarkanya Syurga Membeli Belah.Jika berminat untuk datang sekadar Melawat Saigon itu adalah yang terbaik.Bagi aku jika di bandingkan Di antara Bandung Dan Saigon,Bogor lah tempat terbaik untuk barangan kulit.

WALAUAPAPUN INI HANYALAH PENDAPAT PERIBADI AKU SAHAJA.LAIN ORANG LAIN CARA BERFIKIR DAN PANDANGANYA.

APAPUN AKU SUDI ORGANISE PAKAGE 4D3N DENGAN HARGA YANG PALING MAMPU DAN SERENDAH MUNGKIN.
INSYALLAH

FOTO DI HO CHI MINCH CITY:





 

Jom Melancong

Kami menyediakan perkhidmatan Tour & Travel Pengangkutan pelancongan dan harga termurah dan selesa.
kadtravelink Tour and Travel