Jerebu oh jerebu...
Dengan rela hati aku membatalkan sahaja trip aku kali ini untuk ke Medan seterusnya ke Danau Toba.
Bukan nya apa, bukan tak berminat pun tapi apakan daya hati ku terlalu risau dengan keadaan jerebu di Kuala Lumpur tanpa berkesudahan ini.
Bacaan IPU juga mencatatkan situasi yang amat membimbangkan untuk aktiviti di luar rumah, terutamanya pengidap penyakit berkaitan pernafasan.
Pandangan di tempat aku Seri Kembangan hanya 500 meter jarak penglihatan.
Memang lah Medan ni jauh dari Kalimantan,tapi serba salah pula hati ni nak berseronok di negara pengeksport jerebu ni, sedangkan keluarga di negara sendiri bertarung nyawa mencari ruang selesa untuk bernafas.
Kerisauan juga ada, katakan selesai sahaja 3 hari aku di Medan,masa untuk berlepas pulang ke Malaysia pesawat pula terkandas..macamana tu?
Pasti bermasaalah kan..
Setelah segala persiapan di buat termasuk kediaman dan pemandu disana telah di atur, aku juga telah membuat tempahan tour.
Apapun kita hanya merancang kan?, akan tetapi keadaan tidak mengizinkan...
Ada rezeki kesihatan yang baik, sudah pasti Suatu hari nanti kami akan ke sana juga.
Medan adalah salah satu provensi yang ke3 terbesar di Indonesia jika tak silap aku.Manakala indonesia pula pengeksport Jerebu terbesar di dunia..
Medan kau tunggu aku pasti datang nanti. ...