Monday, November 11

3D2N Palembang, Indonesia

   Pada 11 Nov 2013 entah kenapa terdetik di hati ini  untuk ke Palembang Indonesia.

   Mungkin juga perasaan ingin tahu aku di pengaruhi oleh dokumentari di tv atau dari pelancong-pelancong dari Palembang itu sendiri.

  Manakan tidak kan...syarikat aku pun menjalankan perniagaan berkaitan dengan pelancongan dan pengankutan.

  Tanpa buang masa ,aku terus ke PC untuk 'survey' harga 'patut' tiket pesawat ke Palembang.

   Aku bernasib baik rupanya Harga tiket tidak lah terlalu mahal jika di bandingkan dengan mana-mana destinasi ke Indonesia,walaupun tempahan di hari yang sama.

   Penerbangan aku pada hari tu tepat jam 5 petang waktu malaysia berlepas dari lcct sepang.
Syukur lah penerbangan  dari Lcct Sepang ke Sultan Mahmud  Badarudin 11 Palembang mengambil masa 1jam 25minit dengan keadaan cuaca yang agak baik.

  Sesampai sahaja,aku di jemput oleh supir pak Rudy dan seorang pemandu pelancong Pak Zon..oh ya aku menginap di hotel Aryanduta iaitu satu-satunya hotel bertaraf 5 bintang di sini pada perkiraan aku.Jarak di antara airport ke hotel hanyalah 7-8 km yang mengambil masa lebih kurang 20 minit.

  Hotel ini juga cukup selesa yang hanya lebih kurang rp1,600.000 untuk 2 malam termasuk 2 orang sarapan pagi.Hotel ini amat sesuai sekali  kerana lokasi nya bersebelahan pusat membeli -belah Carefour dan Palembang Square yang mana terletak nya rumah sakit swasta,di kira lokasi yang sesuai kan?

     12/11

Seperti yang di rencana kan selepas sarapan di hotel iaitu tepat jam 10 pagi waktu tempatan  aku di jemput lagi oleh pak supir untuk melawati beberapa tempat tumpuan pelancongan dan yang paling popular iaitu Jambatan Ampera Sungai Musi.

     Kira-kira 20 minit di situ aku di bawa melawat Masjid Agung,Stadium Sriwijaya dan sekitarnya, untuk makan tengahari kami pilih masakan Padang yang mana lauk hidangan nya di kira hanya apa yang di makan.Masakan yang popular di sini ialah masakan Ikan Pindang yang kebanyakan ikan patin,tak lupa juga harus di cuba ikan gurami bakar dengan sos hitam.

    Bagi peserta yang hobinya suka berbelanja,boleh lah singgah sebentar di mana-mana Butik  Songket iaitu produk yang paling terkenal di Palembang tapi aku lebih suka berbelanja di Pasar 16 Ilir kerana harga yang sangat berpatutan malah terlalu murah jika kita pandai tawar menawar.

   Alang-alang ke Palembang tidak lengkap jika kita tidak mencuba makanan khas mereka yang di panggil Pempek.Manakala  Nasi Udok amat sesuai untuk sarapan pagi yang seakan sama nasi lemak di Malaysia.

   Keropok juga sesuai untuk di beli sebagai buah tangan pulang ke malaysia.Kebanyakan keropok-keropok ini di buat dari ikan tenggiri,tetapi cara penyediaannya  sedikit berbeza di tempat kita  di Malaysia.

   Sembilan jam berlalu badan pun penat dan aku memutuskan untuk pulang ke hotel.Program kami selesai jam 6 petang.

  13/11

Seperti di janjikan  selepas  sarapan pagi di hotel tepat jam 10  aku di jemput lagi oleh supir kali ini aku harus daftar keluar hotel langsung, walaupun terlalu awal dari kebiasaannya jam 2petang.Aku fikir ini lah cara supaya aku tidak ribut-ribut untuk ke airport nanti.Jam penerbangan aku 5:55petang.

   Kali ini aku minta  supir ke CIMB  bank untuk ke ATM mesin, lebih banyak lagi rupiah di perlu kan untuk berbelanja.

   Seterusnya perjanan kami  ke Pasar 16 Ilir untuk membeli belah.Kebanyakan barangan yang di jual disini adalah kedai-kedai pakaian yang ternyata amat murah sekali.

   Sebetul nya Pasar 16 ini terletak berhampiran Jambatan Ampera dan Masjid Agung.Di sini juga terletaknya stesen teksi,beca untuk putar-putar Kota Palembang dan bot-bot untuk menyeberangi Sungai Musi  dan ke Pulau Kemarau.

   Lebih kurang 3 jam berbelanja, aku di bawa lagi berfoto-foto sekitar Kota Palembang seperti Bukit Guntang di mana terletak nya makam-makam zaman kesultanan seperti Sriwijaya dan sebagainya.

   Jam hampir 3 petang bimbang terlewat ke airport kami langsung ke sana yang mengambil masa hampir setengah jam perjalanan.

   Sesampai sahaja di airport aku terus daftar masuk.Oh ya perlu di ingat airport di sini sedikit kelainan dari tempat lain yang mana kita harus membeli cukai airport secara tunai rp100000 sebelum ke ruang menunggu untuk pelepasan.

  Rupa nya pernerbangan kami tertunda, kami berlepas jam  jam 6:20 petang.Pesawat kami mendarat di LCCT lebih kurang 08:45 malam.

Hampir 30minit beratur mengambil bagasi,aku terpaksa buat panggilan kepada pemandu syarikat kami untuk sama mengambil bagasi 6 buah kesemuanya.

Sekian

ANGGARAN KOS Untuk 3H2M Ke Palembang.

Minimum 2PAX

Kos Penerbangan                  RM450.00

Pengakutan Avanza              RM380.00

Hotel 5*                                   RM400.00


Jumlah  Kos                            RM1230.00

kadtravelink.com 

Hotline

+60169696009 / +60199660606






   

   





Jom Melancong

Kami menyediakan perkhidmatan Tour & Travel Pengangkutan pelancongan dan harga termurah dan selesa.
kadtravelink Tour and Travel