Pada 20 Dec 2013 penerbangan aku ke Kota Bharu dari LCCT di jadual kan jam 13:35pm.Bercuti ke desa kelahiran 5hari 4malam.
Dari awal pagi lagi kepala aku berfikir fikir bagaimana untuk ke LCCT (pesawat airasia) tanpa memandu dan biarkan kereta kat padang berbayar mahal kat sana atau alternatif lain.
Dalam berfikir perkara kecil menjadi kan perkara yang besar dan menyemak lagi,tiba tiba terlintas di fikiran aku untuk menumpang bas je..oh ya pada masa tu di fikiran aku hanya terbayangkan KL SENTRAL, di mana banyak bas bas di situ berulang alik ke LCCT.
Tetapi apabila di bayangkan pengurusan di situ amat "terlalu cekap"dan suasana yang "amat tenang"aku membatal kan sahaja niat aku untuk ke situ.
Terfikir juga jika ke airport terutamanya ke LCCT seorang diri berbaloi kah aku mengambil teksi yang harga nya lebih mahal dari tiket penerbangan aku yang hanya RM39.00 berbanding teksi RM90.00.
Di Selangor kediaman aku hanya terletak di daerah Sri Kembangan hanya setengah jam perjalanan ke airpot manakala di Kota Bharu ,airportnya hanya 10 minit berjalan kaki ke rumah aku.
Jadi pilihan terbaik bagi aku ialah TBS BANDAR TASIK SELATAN , di sini jika tak salah aku setiap jam ada trip ke LCCT melalui pintu 6 tempat penumpang menunggu.Tempatnya yang besar dan bersistem.
Di sini juga pengurusan nya yang baik ala ala tempat pelepasan penerbangan.Kebersihan terjaga berbeza sekali dengan yang satu tempat lagi itu.
Terdapat banyak juga syarikat pengankutan yang menawarkan perkhidmatan mereka terutamanya penumpang yang ingin ke selatan tanah air.
Aku bagi kredit untuk pengurusan pihak TBS.
Di TBS cara membeli tiket ada dua pilihan terus ke kaunter atau melalui mesin mesin yang di sediakan yang hanya perlu tekan dan masuk kan duit,senangkan..
Harga tiket untuk ke LCCT (airasia) hanyalah RM8.00 seorang untuk satu hala perjalanan. Lain destinasi lain lah harganya.
Rutin perjalanan bas melalui lebuhraya AMEX dan menyusuri jalan ke Dengkil mengambil masa lebih kurang 1 jam.
Walaubagaimana pun bagi yang berkeluarga besar atau yang tinggal jauh dari TBS boleh lah menghubungi kami untuk khidmat VAN 10 tempat duduk atau BAS 44 tempat duduk dengan harga dari RM130.00 di sekitar Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment